Masa: 3 jam
Kos : < RM100
Salam untuk semua dan Selamat Menyambut Tahun 2011 dan dekad yg baru...
Sempena hari pertama di tahun 2011, ingin saya berkongsi entry yg baru...bukan pasal masakan...tapi pasal taman @ laman. Saya saje2 nak berkongsi pengalaman membuat batu laluan atau walkway ini dengan sesiapa yg berminat dengan projek DIY (Do It Yourself) untuk taman mereka. Pengalaman saya ni adalah atas kemahiran yang terhad dan buat untuk suka2 selain dapat menjimatkan kos. So, kalau ada apa2 yang nampak cam 'entah apa2' tolonglah betulkan ye....atau abaikan aje....
Projek Batu Laluan atau walkway ni boleh dijadikan projek DIY ( Do It Yourself ) dan projek bersama keluarga di hujung minggu. Di samping merapatkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak2, kakak dan abang serta adik2, ianya juga dapat menceriakan atau memberi satu pandangan yang menarik untuk laman rumah kita. Tak kira besar atau kecil saiz taman kita, ianya pasti dapat memberi efek yang menarik. Batu Laluan atau walkway ini adalah projek yang tidak terlalu rumit untuk disiapkan dan kosnya tidaklah tinggi.
Macam memasak gak, kita kena sediakan bahan2nya terlebih dahulu. Bahan asas seperti cangkul dan penyodok kecil (spade) dan pencakar besi (rake) perlu ada untuk projek ini. Selain daripada batu itu sendiri (saya x tau nama saintifiknya, tp slalu panggil stepping stone ) ianya boleh didapati di mana2 kedai yg jual batu2 hiasan taman ni la....macam2 corak ade, saiz dan harga.....
Tujuan buat walkway ni slalunya untuk cantik, tapi utk laman yg luas, ianya boleh menjaga rumput daripada kesan yg tidak rata akibat dipijak atau menjadi laluan basikal anak2....
Pertama
Selalunya, untuk siapkan walkway ni, saya mesti ada plannya kat dalam kepala. Mana nak letak...kenapa...camner coraknya....lurus ke atau melengkung??? Bab imaginasi ni mmg kena ada dulu....batu yg nk kena guna....bulat ke atau panjang...semua kena ada kat dlm kepala dulu.......
Lepas tu bagitau la suami..."saya rasa cam nak buat walkway la...nk letak kat sini...guna batu ni..."Baru suami pun teruja n senang nanti dia nk menolongg...One more thing, bab stepping stones ni, pergi la survey dulu diam2 kat kedai....kalau dah berkenan, beli terus...biar tau2 lori anta kat depan rumah...suami mesti xleh nk bantah dah....selalunya belanja utk batu ni la yg banyk sikit...
Stepping stone ni RM 4.50 skeping
( amik ukuran SS dan ukuran walkway yang kita nak buat tu…untuk dapatkan bilangan SS yang perlu dibeli supaya tak terlebih atau terkurang beli…..)
Selepas berimaginasi, kalau rajin lakarkan ia kat kertas, nampak cam pro
skit..!!!
Kedua
Seterusnya, sampai je SS kat rumah, boleh terus susun mengikut apa yg kita dah plankan dan lakarkan kat kertas.
*Menyusun stepping stone mengikut corak yang kita mahukan*
Masa ni penat la sikit sbb kena angkut satu-satu…tapi time nilah jugak kita boleh mintak tolong anak2 especially yg dah besar….mereka tentu seronok nak tolong…..Time ni jugak kita kena tentukan corak yg betul2 sesuai dengan saiz dan bentuk laman serta yang berkenan dihati. Adjust SS tu sampai puas hati.
Ketiga
Lepas je susun….toreh tepi kiri dan kanan SS ni untuk mendapatkan kesan ukuran lebar yang sama. Proses torehan boleh guna pisau…Pisau yg lebar dan tebal rasanya lg memudahkan kerja…Kenapa perlu toreh…??? Sbb nanti senang nak cangkul rumput atau tanah tu nanti. Kesan torehan boleh nampak cam gambar kat bawah.
*Nampak tak kesan torehan yang saya maksudkan kat dalam gambar sebelah?*
Keempat
Langkah seterusnya, alihkan SS tu dulu, takut proses mencangkul nati boleh pecahkan SS tu. Caranya, tolak sikit2 ke tepi…Tak payah angkat dan letak jauh2...letak je tepi kesan torekan yg kita dah buat tu... Seterusnya…..masa untuk mencangkul dan jadikan cam ‘parit’. Kedalaman ‘parit’ kita ni kena ukur ngan SS tu….Caranya senang je amik satu keping SS dan letakkan kat dalam ‘parit yg kita dah buang tanahnya. Masa letak batu tu elakkan meletak ke dalam sangt. Biar sedang2 elok ngan tinggi rumput laman kita ya. Cuba tengok gambar kat bawah ni…
*Rumput yg dah kita cangkul elok2 tu...bolehlah di tanam kat tempat lain....*
Kelima
Ratakan tanah tu dgn pencakar besi (rake). Kalau x de rake xpe…guna je lah apa2 pun asalkan boleh samakan tanah tu…Cam gambar kat bawah....
*Gambar tak clear la pulak....* |
Terakhir
Susun balik stepping Stones tu ke dalam laluan yg dah kita ratakan tadi cam mula-mula kita susun kat atas tanah..( step pertama td ). Taburkan tanah dalam kuantiti yg banyak untuk diratakan di celah2 laluan tu...Dan kalu kita mmg sengaja nak ada gap antara batu tu, time ni la amik rumput, potong kecik2, selitkan di ruang antara batu tu. Akhir sekali, amik hos air dan pancutkan kat atas walkway kita tu untuk memastikan ianya kemas dan padat. Sori, step yg ni gambar xde coz dah nak maghrib, terpaksa bawah anak2 masuk rumah dulu....
Sekian ya semua..Harap kongsian ini dapat membantu anda-anda sekeluarga yg inginkan satu projek DIY hasil kerja tangan kita sendiri untuk keceriaan sekeluarga. Salah dan silap, harap maafkan.
Murahnye stepping stone...sy survery paling murah pun rm8. Beli kt mana yer
ReplyDeletebeli kt mana..sgt2 murah
ReplyDeleteBeli kat mana ni ...
ReplyDeleteI nak beli
ReplyDelete