Friday, December 31, 2010

Spaghetti Bolognese



Salam semua,
 
Ini mungkin merupakan entry saya yg terakhir utk 2010. Resipi spaghetti bolognese ini saya amik kat sini ( thank you )dan ia dipostkan adalah atas permintaan sepupuku Kak Nurul yg berada di Taman Wangi GM. Hari ini jadual pagiku agak padat...maklumlah hari terakhir 2010, pagi2 lagi kami sekeluarga ke rumah saudara utk majlis bercukur jambul sempena kelahiran babynya yang ketiga. Pastu ada majlis mengacau bubur asyura kat perumahan ni. Sempat la suami gi kejap sementara menunggu utk solat jumaat. Dan saya, sementara anak2 melayan movie, sempat beronline jap dan time tu la Kak Nurul mintak resipi ni. Actually, resipi ni saya baru cuba dua kali, ...agak mudah, sedap dan authentic. Sosnya mmg sebati ngan pasta dan agak banyk dan boleh simpan kat peti ais. Anak saya yg sulung, Adam mmg suka spaghetti, 3, 4 ari lepas ada mintak saya buatkan untuk dia...tapi saya lak yg x sempat....bab cincang daging tu la yg 'letih' skit. So, untuk kak nurul cuba la resipi ni...mmg sedap ....dan buat amatur yg baru nak try masak spaghetti....inilah resipinya ....

Selamat Mencuba dan Selamat Tahun Baru


Spaghetti Bolognese
 

Bahan-bahan ( 6 orang )
    * 500 gram spaghetti (sepeket)
    * 500 gram daging lembu cincang
    * 200 ml susu
    * 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
    * 1 ulas bawang putih – dicincang halus
    * 1 tin sedang tomato puri
    * 4-5 tomato segar ranum - didadu
    * 1 batang carrot – didadu kecil ( saya abaikan )
    * 2 batang celery – didadu kecil ( saya abaikan  )
    * 1 tin cendawan butang – dihiris ( optional )
    * 1 kiub stok daging lembu ( optional )
    * 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs ( utk bau sos spaghetti )
    * Sedikit garam dan gula secukup rasa
    * 3 sudu besar minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh)
    * 2 sudu besar butter
    * Parutan keju parmesan – untuk menghidang (optional )
    * NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
Cara-cara
   1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
   2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
   3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
   4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
   5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
   6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
   7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
   8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
   9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian! 



Kalau ada nak tanye atau x faham, boleh postkan comment ya, nanti saya cuba balas......

Saturday, December 25, 2010

Waffle



Salam,
Dah lama sbenarnya nk postkan resepi waffle ni utk dikongsi ngan kenkawang semua..Tapi tak brkesempatan dek pelbagai kenkangan yg dibuat2...he...he... Actually, saya amik resipi ni dah lama..simpannnn dulu...sbb xde waffle maker..so saya lupa amik kat blog sapa....sori ya tuan punya resipi....

Resipi ni mmg mudah dan cepat, cuma time kena beat putih telur tu la yg remeh sikit...tapi berbaloi ngan hasilnya. Warnanya agak tidak sekata, tapi Waffle ni enak n crispy...my three sons semua suke...buleh buat breakfast ...brunch...utk minum petang atau time bebudok x nak makan nasi...boleh buat ni.Adunan ni boleh disimpan kat dlm peti ais untuk 2 @ 3 hari. Saya buat 2 @ 3 adunan sekali gus, boleh simpan untuk esoknya...kalau satu adunan, kejap je dah abis...

Kalau nak buat pagi, keluarkan dlm peti ais tu dlm 10 minit, Adunan agak pekat, jangan tambah air tau. Waktu pagi kalau sempat saya bekalkan utk Umar ( yg nk msk 2 thn tu ) ke rumah mama dia (pengasuh). Tak payah letak jam...just plain waffle...So, apa lagi slmt mencuba.....


Waffle

Bahan2

2 cawan tepung serbaguna/tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu segar
6 sudu besar minyak masak
2 biji telur, asingkan putih dan kuning
3 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil essen vanilla

Cara2nya

1. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder dan garam. Masukkan susu, minyak, gula, vanilla 
    dan kuning telur. Kacau sebati.
2. Dalam bekas lain yang bersih, pukul putih telur hingga bertanduk (kembang). Dengan spatula 
    masukkan putih telur dalam adunan no 1. Kaup balik perlahan-lahan.
2. Panaskan waffle maker. Sapu mentega sedikit pada waffle maker (jika perlu) dan tuang 1 senduk 
    adunan dan ratakan sekelilingnya. Masak sehinga berwarna keperangan.
3. Sedia untuk dinikmati panas-panas.

Thursday, December 9, 2010

Bercuti di Cameron Highlands Nov 2010

Salam.
Rasa dah lama benar tak bercuti. Semenjak berbadan dua hingga yang bongsu ni dah masuk setahun 8 bulan..nila pertama2nya berjalan jauh...pergi bercuti...Bukannya tak nak bercuti..tapi yg kecik ni si Umar...masa baby...meragamnya boleh tahan....dah boleh kaki lak...aktif semacam...fuuhh...penat sunggoh ibu...so tahun ni try2 la brjalan keluar dr Cik Siti Wan Kembang nih...

Bertolak ptg...bermalam umah Mok Ha...(mak saudara kite) pagi2nye terus mendaki ke Cameron...sengaja pilih hari sekolah...nk elakkan jam jalan n the crowd...Check in kul 11 lagi...mujur ade bilik kosong...thanks to Rossa Passadena ( Brincang ) and cuti.com.my. Lepas letak bags terus jale2....

Ni gambar kat taman kat bus station CM. Ade sek kat sini.. rasanya kat Tanah rata... ( thanks to Cik Rose n Danish for the cute stroller ) Iman nampak cam pakcik jual sayur je..ha..ha.. cuaca time ni xler panas sangat.

Bharat Tea Plantation
 
Adam....kat ladang teh Bharat












































Masih kat Bharat Tea Plantation...


      

Rose Garden

Umar yang xse duk diam

Tengok Umar tu....maroh kalu kita pegang2 dio...

Posing hinduste sikit...

Buai laju....laju.....aku nk kawin ngan anak raje...ha..ha...
Ermmm...cian Adam...bertungkus lumus nk posing ngan Umar...

Food Court kat Brinchang

Adam...selera dia x kira tempat...make sapa tige pingge....

Hari Kedua...(on the way balik )
sesi minum2.....

Umar.....dan air kotaknya.....

Umar....minum lagi......

sukenye  semue.....

Kesimpulannya.....our trip to Cameron Highlands was worth going la....tapi shud extend to 3D2N stay la...baru habis berjalan rasenya...especially with my kiddos nih....melayan diorng dah separuh hari.... ok lah...dah lewat...thanks to hubby yg sudi menemani ..... sleep tight to all....Wasalam...

Tips
  • untuk cenderahati fridge magnet, beli kat tempat(port)  jual sayur2 tuh,,,RM1 per piece....Kalau kat tempat lain RM10-5 pieces. Brgnye same je....
  • Kalau jumpa buah jambu epal.....perhatikan label betul2...itu sebenarnye jambu jeruk...ade tulis kat plastik tuh...cuma i ari tu x perasan...beli bnyk gak...nyesal coz manisnya bukan cam manis buah.

Monday, November 22, 2010

Just started / Di sini bermula

Ermmm...not really good in expressing..but thinking of sharing with all you guys anything that can cheer me/us up and blend our day with joys.  This blog shall be a piece that is very close to my heart....a place where I put all thoughts in it. A place where I want all  my friends keep closing to my heart...always beside me.

Bukannya seorang yang pandai mencurah...tapi ingin untuk berkongsi dengan semua orang apa2 saja yang boleh menceriakan hari kita. Satu tempat yang begitu dekat di hati....tempat di mana saya luahkan isi hati atau apa-apa yang bermain di fikiran. Menjadi tempat di mana semua sahabat kekal dekat di hati dan sentiasa di sisi.