Tuesday, October 4, 2011

Hiasan-Hiasan Taman

Tempayan Bertelinga 3

Tempayan Bertelinga 3 ni saya beli RM50. Berkenan sangat ngan warnanya yg nampak klasik dan juga tang telinganya.....Kalau ikut pengalaman...warna klasik ni mmg senang nak dipadankan dengan hiasan2 lain yg pelbagai warna....seperti putih, hijau atau merah....mmg nampak serinya...Tak percaya...cuba tengok gambar kat bawah...


Keluarga Si Kulat...

...bersama sepasang terompah kayu....merah gitu..
Kulat yang berwarna putih ni mmg menyerikan suasana...lebih2 lagi kalau posing kat tepi tempayan klasik nih.... ditambah pula dengan sepasang terompah kayu yg sengaja hubby beli warna merah....boleh jadi titik tumpu untuk taman....


Pelantar kayu cengal....
Kayu cengal ni sebenarnya hubby amik dari rumah ayah dia.....kayu meja katanya...dah tak nak guna. So kitaorang apa lagi punggah bawak balik ler...asalnya sekeping...dan hubby belah dua...katanya nak buat stepping plate...tapi tetiba je dtg idea nak jadikan pelantar untuk 'minah tempayan' kitaorg...



Tabur sket pebbles tepi2 kulat dan tempayan tu....
Tu jela nak kongsi kali ni.....saya taburkan pebbles warna putih kat tepi2 pelantar ngan kulat tu...kalau nak guna batu warna lain pun rasanya lawa jugak...saya guna putih sbb kat umah mmg banyak lagi stok batu putih ...berplastik2...sbbnya masa beli ari tu terover excited...Cubalah.....

2 comments:

  1. asslamualaikum suriani,

    sorry sue, saya dh x ingat kt mana beli kulat tu...rasanya kat nursery area kb ni jugak..

    ReplyDelete