Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Happy time....Muffin Marble....lemak sedapp....




Salam...

Resipi dari Cik Mat Gebu kali ni mmg 2 thumbs up.....rasa lemak... dan aroma coklat serta vanila mmg ummpphh...nak2 kalau makan time baru keluar oven dan ari tu ujan la pulakkk...mmg lepas satu...satu....masuk dlm mulut....Resipi yg sangat berbaloi utk dicuba.....Jom layan resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
3/4 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
  3. Akhir sekali masukkan esen vanilla, kacau rata dan bahagikan adunan pada 2 bahagian. Satu biar pada warna asal dan satu lagi dicampur dengan coklat emulco, kacau rata2.
  4. Sudukan adunan kosong ke dalam muffin cup tadi, diikuti adunan coklat, isi 3/4 penuh dan gunakan lidi sate atau chop stick, lorekkan sehingga mendapat kesan marblse. (saya hanya sudukan berselangseli sebanyak 3-4 kali je....)
  5. Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangka... Selamat mencuba untuk semua...
  6.  

     

Wednesday, July 4, 2012

Tuna Roll.. Udah ler Gebu..Sedap Pulak tuu..

Salam Syaaban...

Berkurun dah takde entry pasal resipi....niat nak share resipi roti tuna nie dh lama dahhh...Entah kenapa 'duri daun palas nie' lama betul melekat kat badan.....akibatnya terperap je la resipi dlm almari doc tu...nasib baik tak makan dek anai-anai....he...he... Tuna bun ni....resipi asalnya dari Cik Mat Gebu....(siap ngan steps nyer lagi) dan mmg sah2 gebu rotinya...Dah cuba 2 kali...hubby suka sangat....

Resipi saya ikut sbijik sejibong Cik Mat punye....bukannye aper mmg empunya diri nie jenis yg tak pro. Utk makluman, doh rotinya agak lembik...so kena berhati-hati skit masa nak roll dan masa nk potong2 tu.... Jom semak resipi....

Tuna Roll
BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
 1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang 
 1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :

 DOH  
1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing

UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :
1. Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar. 

2. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. (Saya takde paper cup masa tu...so letak gitu je atas tray) Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

 Selamat Mencuba...:))

Gebu sampai esoknya.......sungguh!!!

Saturday, December 31, 2011

Kek Coklat Tanpa Telur extra moist





Salam terakhir utk 2011....
Sekadar tilik je ye gambar kat atas tu ....saya nie amatur di dapur...hasil kerja tangan memang ler tak berapa cantik...cooking and baking simply because I luv it and my kids luv it too...:))Tapi resipi choc kek utk entry hari terakhir 2011 nie mmg nak kongsi bersama uols sbb senang dan rasanya boleh tahan...sedapp bg kek yg tak pakai telur....tak payah pakai mixer...Kalau stakat nk buat utk lunch box anak2 bukak sekolah nie...mmg boleh sangat laa....Lagi resipi dari che mat gebu. Tima kasih bebanyak che mat ye....Jom intai resipi...




Bahan-Bahan : ( saya doublekan adunan )
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais) - saya kurangkan sket
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Muffin Pandan Kelapa


Salam ambang 2012...
Entry ku yg terakhir ke utk tahun 2011?? esok dah 31hb...tengoklah..ada mood esok ada lah entry penutup nanti...Malam nie...nak kongsi resipi dari Che Mat Gebu . Entah kenapa...semenjak duamenjak nie...saya rasa serasi je ngan resipi dari che mat gebu....dan yg terbaru nie muffin pandan kelapa nie...mmg dah masuk list peberet kitaorang sekeluarga selepas cheddar muffin.. Alkisahnya...masa bulan puasa ari tu...saya ada beli kelapa kering, kononya nak buat biskut kelapa...tp sampai ari ni x nyempat nak buat...dan saya nie mmg jenis tak suka membazir....so, 2..3 ari lepas saya mencari2 dikoleksi muffin che mat nie..dan terjumpa la resipi muffin pandan kelapa nie...selepas 2 kali cuba...dan doublekan adunan baru la berani nak kongsi resipi nie ngan uols... Jom intai resipi....




BAHAN-BAHANNYA


125 g mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan ( saya gantikan dgn susu tepung )
1/4 cawan susu segar (saya guna susu cair)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur ( saya letak topping peberet anak2 )

CARA MEMBUATNYA


1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk penaik dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.


2. Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.


3. Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. 


4. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.....
BUKTI-BUKTI betapa lazatnya muffin pandan kelapa nie....






Saturday, December 17, 2011

Tauchu - Menu Kenduri Kahwin Org Kelate




Resipi kali nie saya dedicate untuk my childhood friend, Roziana @ Ina Ezy..mengidam nak makan tauchu dia...kesian..nak anta sepinggan jauh....share resipi je la deh... Ingat masa mengandungkan yg no 3...bulan puasa...mmg tauchu nie lah yg saya idamkan utk berbuka...slalu beli kat pasar ramadhan kedai buloh...sedap makcik tu masak...

Back to the recipe....resipi nie saya mintak diperturunkan dari mami saya sendiri...versi Kg Sireh...pedasss...tapi sedapppp....Tauchu nie slalunya dihidangkan di tempat2 kenduri kahwin...mmg sifatnya pedas... Tapi saya punya resipi dah disetkan ngan selera saya yg tak berapa suka pedas ...dan warnanya juga saya merahkan sket.....Lauk yg digunakan selalunya hati, paru, organ2 dalaman ayam atau lembu dan juga udang. Cuba la...mmg membuka selera....


Bahan-bahan

8-10 ulas bawang merah *
4-5 ulas bawang putih *
7 biji cili padi ( kalau suka pedas boleh lebihkan cili ) *
3 biji cili kering ( saya guna jenis yg x pedas utk warnanya aje ) *
3 batang serai *
1-2cm halia *
1-2cm lengkuas *
( semua yg bertanda * dikisar halus )

Isi ayam - ikut suka
15-20 ekor udang
2 sudu besar kacang soya bergaram - (kat kelantan kita panggil tauchu) saya guna jenama   
                                                                    yeos ( kalau beli yg kasar...tumbuk dulu kasi halus )
2 biji tomato - potong 12
10-15 urat kacang panjang - potong pendek dlm 2cm
2 biji cili hijau - potong pendek dlm 2 cm
1 cawan air
gula
garam

Cara-cara

1. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan kacang soya bergaram. kacau rata sehingga bangkit bau.
3. Masukkan isi ayam. Gaul rata sehingga ianya hampir2 masak. Masukkan air. Tunggu sehingga ianya mendidih dan pecah minyak. Masukkan gula dan garam secukup rasa. 
4. Masukkan udang..kacau rata.
5. Masukkan kacang panjang dan cili hijau. kacau rata. Akhir sekali masukkan tomato. Now you can see the colours blend together...so tempting....

Hidangkan panas2...dan makan bersama2 yg tersayang...mesti bertambah....Kalau ada ikan percik atau ayam percik....lagi berselera makan...

Dessert Mix and Match….Bittersweet choc cake with vanilla ice-cream


AWAS...entry hari nie bukan nk share resipi sebenarnya...cuma nak mixkan resipi yg tak menjadi and match ngan mana2 yg sesuai....bg mengelakkan pembazirannn.....he...he... (kek yg nak expired pun). So kena baca la cerita merapu ni dulu...


Alkisahhh…..kononnya nak buat kek coklat resipi sendiri…jadinya …tak menjadila  kek coklat kukusku…rasanya measurementnya sudah lariii….rasa coklat sudah terlebih…pahit sket…hanya sesuai utk yg minat bittersweet choc aje…Jadinya tak ada sambutan kek I tu…sayang kalau kek tu membazir macam tu aje…so.. I gi beli aiskrim..perisa vanilla…scoopkan kat atas kek yg I dah bulatkan guna cookies cutter…and lastly sprinkle je ngan chocolate rice….sedapppp….Iman panggil dessert ni kek aiskrim....dah jadi peberet dia daa.....

Bahan-bahan

Chocolate cake ( atau apa2 jenis kek pun boleh )
ais-krim ( apa2 perisa pun boleh )
cookies cutter utk bulatkan kek ( guna egg benjo punye ring pun boleh )-kalau tak nak bulat boleh potong kiub...

Method

1. Bentukkan cake guna cookies cutter yg sesuai...bentuk star, love pun boleh..

2. Scoopkan aiskrim ke atas cake itu tadi..ikut brape scoop kita nak...

3. Sprinkle ngan chocolate rice atau apa2 topping yg kita suka....

Elakkan pembaziran... Selamat Mencuba...


Saturday, December 3, 2011

Nasi Goreng Ayam Tempura untuk Breakfast


Nasi goreng ayam tempura ni breakfast ringkas untuk anak.anak....Nasi gorengnya....nasi goreng kosong...taruk telur je...sayurrr...anak2 tak suke...tak payah letak...ayam tempura tu simple je nk buat...boleh buat lebih dan simpan kat peti ais kalau rasa nk buat lg esoknya....Tak sabar nk buat...jom tengok resipi kat bawah nie.....Hari ni terlebih rajin...siap buat telur dadar pastu hiris nipiss......

Ayam Tempura

Isi ayam ( ikut suka nk banyak buat banyak..)
4-5 sudu besar tepung tempura - ( jenama GOGI terbaekkk...)
1 biji telur (dipukul sedikit )
garam

Cara-caranya

1. Isi ayam diperap dengan sedikit garam. (kalau suke letak sedikit serbuk ajinomoto)

2. Golek2 isi ayam dalam tepung tempura.

3. Celup dalam telur dan terus goreng ( deep fry )

4. Potong serong isi ayam ...hiaskan bersama nasi goreng tadi... 

Tips: untuk goreng isi ayam dr peti ais....keluarkan dulu dan biarkan ianya menjadi suhu bilik baru celup ngan tepung bg memastikan isinya kekal lembut selepas digoreng.




Makan ngan kropok pun sodapppp....