Salam ukhuwah...
"Srikandi-Srikandi yang Benar" merupakan buku pertama dalam koleksi peribadi Buku Sejarah Islam saya. Muka hadapannya sangat menarik...cukup feminin untuk menggamit pembaca-pembaca wanita yang mmg sukakan sesuatu yang indah...Tengok saja ilustrasi di atas, rerama dan mainan faunanya cukup mempesonakan. Justeru, memiliki senaskah SSYB seperti membeli kedamaian untuk hati.
SSYB mempunyai 3 bahagian. Setiap bahagian mencerita seorang srikandi hebat.
Bahagian 1 - Aminah
" Ibu kepada junjungan agung, Nabi Muhammad SAW. Kisahnya mencoretkan erti cinta isteri kepada suami dan kasih seorang ibu kepada anak. "
Bahagian 2 - Fatimah
" Puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Ayu wajahnya dan elok akhlaknya, sangat mengharum. Kasih sayangnya kepada sang ayah dan cintanya kepada suami, tiada tandingan. "
Bahagian 3 - Rabiatul Adawiyah
" Wanita yang tidak punya suami, tidak juga punya anak. Wanita yang cukuplah Allah sahaja untuknya. Hidupnya hanya untuk Ilahi dan kisahnya pula adalah untuk renungan semua. "
Penulis : Zahiruddin Zabidi - kalamkhalifah
Harga : RM 38.00 (hard cover)
M/S : 464ISBN 978-967-408-032-7
salam...alangakh indahnya kalau sifat,semangat, dan
ReplyDeletekesabaran srikandi-srikandi islam ini ada dalam diri kita, walaupun ibarat sebutir pasir di padang tandus.terima kasih coz terbitkan buku ini dlam versi 3 in 1.. semoga dakwah atau mesej yang di sampaikan dalam buku ini menarik ramai individu untuk jatuh cinta terhadap keunggulan srikandi2 islam... (",)
InsyaAllah....salam perkenalan untuk saudari farah rahim..
ReplyDelete