Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Buku Syama'il Muhammadiyah

Salam di ambang ramadhan....

Sekali lagi ingin berkongsi sebuah buku yang mampu mendekatkan lagi diri kita kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW. "Syama'il Muhammadiyah" yang merupakan terjemahan yang sah daripada buku asal Syama'il Muhammadiyah asal tulisan Imam Tirmizi. SM mengumpulkan hadith2 diantaranya tentang fizikal Rasulullah SAW, khatam: Tanda Kenabian Rasulullah, tangisan Rasulullah serta Syair Rasulullah yang kesemuanya sebanyak 56 bab.


Syama'il Muhammadiyah

Harga  :  RM 35.00 (Hard cover)
M/S    :   388
Penulis : Imam Tirmizi





Bab 1: Fizikal Rasulullah
Jabir bin Samurah berkata:
" Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, beliau memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang beliau dan bulan silih berganti. Menurutku, beliau lebih indah daripada bulan purnama. "

Keterangan: Hadis bertaraf sahih. Dilaporkan oleh hannad bin as-Sariy, daripada 'Ab-tsar bin al-Qasim, daripada asy'ats (Ibnu Suwar), daripada Abu Ishaq bersumber daripada Jabir bin Samurah.

Selamat Menyambut Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Wassalam.

Thursday, July 12, 2012

Srikandi-Srikandi Yang Benar - Aminah, Fatimah dan Rabiatul Adawiyah

Salam ukhuwah...

"Srikandi-Srikandi yang Benar" merupakan buku pertama dalam koleksi peribadi Buku Sejarah Islam saya. Muka hadapannya sangat menarik...cukup feminin untuk menggamit pembaca-pembaca wanita yang mmg sukakan sesuatu yang indah...Tengok saja ilustrasi di atas, rerama dan mainan faunanya cukup mempesonakan. Justeru, memiliki senaskah SSYB seperti membeli kedamaian untuk hati.

SSYB mempunyai 3 bahagian. Setiap bahagian mencerita seorang srikandi hebat.
Bahagian 1 - Aminah 
" Ibu kepada junjungan agung, Nabi Muhammad SAW. Kisahnya mencoretkan erti cinta isteri kepada suami dan kasih seorang ibu kepada anak. "

Bahagian 2 - Fatimah
" Puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Ayu wajahnya dan elok akhlaknya, sangat mengharum. Kasih sayangnya kepada sang ayah dan cintanya kepada suami, tiada tandingan. "

Bahagian 3 - Rabiatul Adawiyah
" Wanita yang tidak punya suami, tidak juga punya anak. Wanita yang cukuplah Allah sahaja untuknya. Hidupnya hanya untuk Ilahi dan kisahnya pula adalah untuk renungan semua. "




Penulis : Zahiruddin Zabidi - kalamkhalifah
Harga   : RM 38.00 (hard cover)
M/S     :  464
ISBN 978-967-408-032-7

Sunday, July 8, 2012

Buku Sejarah Islam - Hijrah


Salam semua..

Sejak usia dah makin banyak nie.....aktiviti senggang pun sedikit berubah...selalunya ke kedai buku mencari-cari novel terkini ....tapi satu hari apabila saya tunjukkan sebuah novel utk diapprove en suami ...dia mencebikkan mulut...aikkk...pelik...selalunya dia iyakan aje....that's the turning point...mmg saya 'turn'kan reading list saya kepada koleksi sejarah islam skrng...alhamdulillah...ianya memberi cinta baru kepada saya...

Tergerak hati saya untuk berkongsi buku2 sejarah islam yg pandangan saya ditulis dengan gaya bahasa yg cukup mudah untuk difahami dan yang penting menyuburkan cinta kita kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, para sahabat baginda serta Islam agama suci kita.

Buku "Hijrah" di atas...merupakan sebuah buku yang saya kategorikan sangat terperinci dalam menceritakan faktor2 kemanusiaan yang membawa kepada penghijrahan Rasulullah saw dan para penganut agama Islam pada masa itu selain daripada perintah daripada Allah swt. Sebak...syukur berbaur sepanjang pengembaraan 'hijrah' saya. Selitkan senaskah "Hijrah" bersama-sama koleksi novel favourite kita.



Penulis : Abdul Latip Talib
Harga   : RM 35.00 (soft cover)
M/S      : 618
ISBN 978-967-5783-32-6




" Ada satu peristiwa yang menjadi titik peralihan dalam sejarah perkembangan Islam. Itulah peristiwa HIJRAH Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Ia berlaku dalam bentuk peristiwa yang digabungkan antara perlindungan Allah dengan ikhtiar manusia. Selepas melalui perjalanan penuh bahaya sejauh 320 kilometer, selama lapan hari, hijrah sampai ke kemuncaknya, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat akhirnya tiba ke Kota Madinah. "
Wassalam.