Salam semua..
Tergerak hati saya untuk berkongsi buku2 sejarah islam yg pandangan saya ditulis dengan gaya bahasa yg cukup mudah untuk difahami dan yang penting menyuburkan cinta kita kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, para sahabat baginda serta Islam agama suci kita.
Buku "Hijrah" di atas...merupakan sebuah buku yang saya kategorikan sangat terperinci dalam menceritakan faktor2 kemanusiaan yang membawa kepada penghijrahan Rasulullah saw dan para penganut agama Islam pada masa itu selain daripada perintah daripada Allah swt. Sebak...syukur berbaur sepanjang pengembaraan 'hijrah' saya. Selitkan senaskah "Hijrah" bersama-sama koleksi novel favourite kita.
Penulis : Abdul Latip Talib
Harga : RM 35.00 (soft cover)
M/S : 618ISBN 978-967-5783-32-6
" Ada satu peristiwa yang menjadi titik peralihan dalam sejarah perkembangan Islam. Itulah peristiwa HIJRAH Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Ia berlaku dalam bentuk peristiwa yang digabungkan antara perlindungan Allah dengan ikhtiar manusia. Selepas melalui perjalanan penuh bahaya sejauh 320 kilometer, selama lapan hari, hijrah sampai ke kemuncaknya, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat akhirnya tiba ke Kota Madinah. "
Wassalam.
No comments:
Post a Comment