Salam ambang 2012...
Entry ku yg terakhir ke utk tahun 2011?? esok dah 31hb...tengoklah..ada mood esok ada lah entry penutup nanti...Malam nie...nak kongsi resipi dari Che Mat Gebu . Entah kenapa...semenjak duamenjak nie...saya rasa serasi je ngan resipi dari che mat gebu....dan yg terbaru nie muffin pandan kelapa nie...mmg dah masuk list peberet kitaorang sekeluarga selepas cheddar muffin..
Alkisahnya...masa bulan puasa ari tu...saya ada beli kelapa kering,
kononya nak buat biskut kelapa...tp sampai ari ni x nyempat nak
buat...dan saya nie mmg jenis tak suka membazir....so, 2..3 ari lepas
saya mencari2 dikoleksi muffin che mat nie..dan terjumpa la resipi muffin pandan kelapa nie...selepas 2 kali cuba...dan doublekan adunan baru la berani nak kongsi resipi nie ngan uols... Jom intai resipi....
125 g
mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan ( saya gantikan dgn susu tepung )
1/4 cawan susu segar (saya guna susu cair)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur ( saya letak topping peberet anak2 )
CARA MEMBUATNYA
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan ( saya gantikan dgn susu tepung )
1/4 cawan susu segar (saya guna susu cair)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur ( saya letak topping peberet anak2 )
CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin
dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk
penaik dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata.
Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula hingga kembang,
masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan
paste dan kacau rata.
3. Perlahankan speed dan masuk tepung berselang
seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam
muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya.
4. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan
atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.....
BUKTI-BUKTI betapa lazatnya muffin pandan kelapa nie....
No comments:
Post a Comment