Ini mungkin merupakan entry saya yg terakhir utk 2010. Resipi spaghetti bolognese ini saya amik kat sini ( thank you )dan ia dipostkan adalah atas permintaan sepupuku Kak Nurul yg berada di Taman Wangi GM. Hari ini jadual pagiku agak padat...maklumlah hari terakhir 2010, pagi2 lagi kami sekeluarga ke rumah saudara utk majlis bercukur jambul sempena kelahiran babynya yang ketiga. Pastu ada majlis mengacau bubur asyura kat perumahan ni. Sempat la suami gi kejap sementara menunggu utk solat jumaat. Dan saya, sementara anak2 melayan movie, sempat beronline jap dan time tu la Kak Nurul mintak resipi ni. Actually, resipi ni saya baru cuba dua kali, ...agak mudah, sedap dan authentic. Sosnya mmg sebati ngan pasta dan agak banyk dan boleh simpan kat peti ais. Anak saya yg sulung, Adam mmg suka spaghetti, 3, 4 ari lepas ada mintak saya buatkan untuk dia...tapi saya lak yg x sempat....bab cincang daging tu la yg 'letih' skit. So, untuk kak nurul cuba la resipi ni...mmg sedap ....dan buat amatur yg baru nak try masak spaghetti....inilah resipinya ....
Selamat Mencuba dan Selamat Tahun Baru
Bahan-bahan ( 6 orang )
* 500 gram spaghetti (sepeket)
* 500 gram daging lembu cincang
* 200 ml susu
* 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
* 1 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 tin sedang tomato puri
* 4-5 tomato segar ranum - didadu
* 1 batang carrot – didadu kecil ( saya abaikan )
* 2 batang celery – didadu kecil ( saya abaikan )
* 1 tin cendawan butang – dihiris ( optional )
* 1 kiub stok daging lembu ( optional )
* 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs ( utk bau sos spaghetti )
* Sedikit garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh)
* 2 sudu besar butter
* Parutan keju parmesan – untuk menghidang (optional )
* NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
Cara-cara
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
Kalau ada nak tanye atau x faham, boleh postkan comment ya, nanti saya cuba balas......