Pap Smear: Bukan Main-main
Pap smear
merupakan pemeriksaan penting yang diketahui ramai, bukan terhad kepada
wanita sahaja malahan lelaki. Ayah dan teman lelaki kamu pun mungkin
pernah dengar mengenainya. Ia satu ujian yang digunakan untuk mengesan
sebarng keabnormalan dalam serviks wanita. Mak dan kakak kamu mungkin
pernah melakukan Pap smear sekurang-kurangnya sekali.
Pap smear sebenarnya kependekan untuk Papanicolau smear. Ia merupakan
ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa sebarang perubahan dalam serviks
wanita. Kamu masih ingatkan, yang serviks tu struktur berbonjol
daripada uterus yang menampung bayi semasa dalam kandungan. Inilah
bahagian uterus yang membuka kepada vagina. Serviks melalui perubahan
semasa kitaran haid wanita dan semasa mengandung.
Pap smear dijalankan oleh doktor pakar ataupun pakar sakit puan.
Sampel lelehan serviks atau mukus daripada serviks diambil dengan
memasukkan putik kapas dan memusingkannya pada permukaan serviks. Sampel
kemudiannya disapukan pada slaid dan dilihat di bawah peralatan sains
yang dipanggil mikroskop. Mikroskop membolehkan pemeriksa untuk melihat komponen-komponen lelehan. Pap smear digunakan untuk mengesan kanser serviks atau sebarang jangkitan yang terdapat semasa pemeriksaan.
Berapa kerapkah harus saya jalani Pap smear?
Pap smear merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser serviks... read more
Pap smear merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser serviks... read more
Terdapat beberapa panduan yang digunakan oleh doktor apabila menjalani Pap smear. Pap smear pertama biasanya dilakukan tiga tahun selepas persetubuhan pertama kali dilakukan. Sesetengah panduan mengesyorkan menjalani Pap smear setiap 2 hingga 3 tahun sementara ada yang mengesyorkan pemeriksaan Pap smear untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks, setiap tahun sehinggalah mencecah umur 30.
Apakah Pap smear yang tidak normal?
Apabila menjalani Pap smear, pemeriksa biasanya akan memeriksa sel-sel luar biasa. Sel-sel luar biasa akan kelihatan lain daripada sel biasa. Ia mungkin mempunyai warna berlainan apabila dicampurkan dengan pewarna tertentu dan mungkin mempunyai saiz dan bentuk yang pelik. Kehadiran sel luar biasa mungkin menunjukkan berlakunya kanser serviks atau terdapatnya jangkitan. Sebelum kamu jadi lebih risau, lebih baik kamu tahu yang tak semua keputusan abnormal Pap smear bermaksud terdapatnya kanser serviks.

Keputusan Abnormal Pap Smear
Hasil ujian Pap smear mungkin mengandungi banyak istilah perubatan yang menakutkan kamu. Berikut merupakan beberapa istilah yang biasa dan maksudnya:
Hasil ujian Pap smear mungkin mengandungi banyak istilah perubatan yang menakutkan kamu. Berikut merupakan beberapa istilah yang biasa dan maksudnya:
- Sel Skuamus Atipikal. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin berkembang menjadi kanser.
- Displasia. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear. Displasia bukannya kanser. Walau bagaimanapun, dysplasia mungkin, tapi tak semestinya berkembang menjadi kanser serviks
Jenis-jenis Displasia
- SIL. Squamous Intraepithelial Lesion. Ini bermakna yang sel leper nipis di permukaan luar serviks kamu dikesan tidak normal. Seperti dysplasia, SIL terutamanya yang berbentuk parah mungkin berkembang menjadi kanser serviks peringkat awal.
- CIN. Cervical Intraepithelial Neoplasia. Ini bermakna terdapat pertumbuhan tidak normal pada serviks. Perubahan tidak normal ini hanya berlaku pada permukaan paling luar serviks.
- Carcinoma in situ (CIS).Ini bukannya kanser serviks. Ini merupakan salah satu bentuk SIL yang memberitahu kamu yang sel yang berkemungkinan berkembang menjadi kanser adalah terhad pada permukaan serviks dan belum masuk ke lapisan yang dalam.
Ambil Perhatian: Pap Smear Tidak Normal!!!
Apabila Pap smear menunjukkan keputusan tidak normal, doktor kamu mungkin melakukan perkara-perkara berikut:
Apabila Pap smear menunjukkan keputusan tidak normal, doktor kamu mungkin melakukan perkara-perkara berikut:
- Mengulangi pemeriksaan Pap smear
- Memberi ubat seperti Krim Estrogen. Keabnormalan dalam serviks mungkin biasa semasa menopaus apabila hormon seks seperti estrogen mengurang. Sekiranya estrogen rendah yang menyebabkan keabnormalan dalam serviks, hasil pemeriksaan sepatutnya semakin positif selepas menggunakan krim estrogen.
- Melakukan kolposkopi. Apabila melakukan kolposkopi, doktor kamu akan menggunakan peralatan yang dipanggil kolposkop untuk memeriksa serviks. Semasa prosedur ini, doktor akan menyapu larutan cuka lembut pada permukaan serviks. Kawasan yang bertukar menjadi putih selepas penyapuan larutan tersebut akan dianggap sebagai tidak normal.
- Melakukan biopsi dengan mengambil sebahagian kecil permukaan serviks dan menghantarnya ke makmal untuk ujian. Melalui biopsy, doktor kamu boleh menentukan sama ada terdapat keabnormalan yang dijumpa semasa Pap smear atau kolposkopi adalah disebabkan kanser ataupun tidak.
Kanser Serviks
Kanser serviks menunjukkan pertumbuhan keabnormalan dalam serviks. Serviks merupakan bahagian bawah uterus. Ia merupakan struktur berbentuk bonjol dengan permukaan yang kaya dengan sel. Sel ini mungkin menjadi kanser apabila terdedah kepada organisma tertentu seperti Human Papilloma Virus (HPV), menghisap rokok dan jangkitan kelamin.

Meningkatkan Risiko Kanser Serviks
Berikut merupakan antara faktor yang dikatakan boleh meningkatkan peluang wanita mendapat kanser serviks:
Berikut merupakan antara faktor yang dikatakan boleh meningkatkan peluang wanita mendapat kanser serviks:
- Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.
- Melakukan seks ketika masih muda.
- Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.
- Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.
- Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
- Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
- Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.
- Sistem Imun Lemah. Stres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.
- Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!
Mencegah Kanser Serviks (Barah Pangkal Rahim)
Sentiasa berjaga-jaga dan melindungi diri anda sepenuhnya, pasti merupakan salah satu cara terbaik. Berikut merupakan cadangan yang boleh kamu buat untuk mengelakkan kanser yang menakutkan tu.
Sentiasa berjaga-jaga dan melindungi diri anda sepenuhnya, pasti merupakan salah satu cara terbaik. Berikut merupakan cadangan yang boleh kamu buat untuk mengelakkan kanser yang menakutkan tu.
- Pakai perlindungan ketika melakukan seks.
- Elakkan melakukan seks ketika masih muda.
- Berhenti merokok.
- Makan banyak buah-buahan dan sayur. Kekal cergas!
- Jalani pemeriksaan Pap smear.
- Dapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang digunakan untuk mencegah kanser servik ada di pasaran. Ia mungkin sedikit mahal, tetapi budak perempuan seawal umur 9 tahun sudah boleh mendapatkan vaksin tersebut. Tanyalah pada doktor kamu mengenainya.
Sumber: tentang pap smear atau versi Bahasa Inggeris about pap smear
No comments:
Post a Comment