Monday, June 18, 2012

Selamat Hari Bapa, Papa...


 

...dan hari-hari adalah hari bapa untuk papa.....

Kerana tuntutan hidup dan jatuhnya rezeki nun jauh di perantauan....ibu dan ayah terpaksa berjauhan. Sesungguhnya, setiap ibubapa redha dengan keadaan ini....rindu dendam terhadap anak dan cucu-cucu terubat dengan panggilan telefon setiap hari... Alhamdulillah...Aku bersyukur kerana rezekiku di kampung halaman...dekat bersama suami dan anak-anak...dan dekat juga dengan papa dan mami....Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..

Sahabat2ku yang jauh......
Luangkanlah masa untuk membuat satu panggilan telefon sekali sehari untuk ibu dan ayah di kampung.... Sungguh......saya melihat wajah-wajah dan air muka hiba ibu bapa kita yang hanya mampu melihat saudara2...atau sahabat handai mereka yang diraikan oleh anak-anak dan dikunjungi anak cucu mereka pada setiap cuti umum atau cuti sekolah...tetapi tidak bagi ibubapa kita. Jadikanlah panggilan telefon yg cajnya tak sampai RM5 tu...sebagai vitamin yang mampu memberi ketenangan dan menghilangkan gelisah hati ibu bapa dan ubat rindu mereka terhadap kita pada setiap hari.....



Doa untuk ibubapa

No comments:

Post a Comment