Saturday, December 31, 2011

Kek Coklat Tanpa Telur extra moist





Salam terakhir utk 2011....
Sekadar tilik je ye gambar kat atas tu ....saya nie amatur di dapur...hasil kerja tangan memang ler tak berapa cantik...cooking and baking simply because I luv it and my kids luv it too...:))Tapi resipi choc kek utk entry hari terakhir 2011 nie mmg nak kongsi bersama uols sbb senang dan rasanya boleh tahan...sedapp bg kek yg tak pakai telur....tak payah pakai mixer...Kalau stakat nk buat utk lunch box anak2 bukak sekolah nie...mmg boleh sangat laa....Lagi resipi dari che mat gebu. Tima kasih bebanyak che mat ye....Jom intai resipi...




Bahan-Bahan : ( saya doublekan adunan )
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais) - saya kurangkan sket
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Muffin Pandan Kelapa


Salam ambang 2012...
Entry ku yg terakhir ke utk tahun 2011?? esok dah 31hb...tengoklah..ada mood esok ada lah entry penutup nanti...Malam nie...nak kongsi resipi dari Che Mat Gebu . Entah kenapa...semenjak duamenjak nie...saya rasa serasi je ngan resipi dari che mat gebu....dan yg terbaru nie muffin pandan kelapa nie...mmg dah masuk list peberet kitaorang sekeluarga selepas cheddar muffin.. Alkisahnya...masa bulan puasa ari tu...saya ada beli kelapa kering, kononya nak buat biskut kelapa...tp sampai ari ni x nyempat nak buat...dan saya nie mmg jenis tak suka membazir....so, 2..3 ari lepas saya mencari2 dikoleksi muffin che mat nie..dan terjumpa la resipi muffin pandan kelapa nie...selepas 2 kali cuba...dan doublekan adunan baru la berani nak kongsi resipi nie ngan uols... Jom intai resipi....




BAHAN-BAHANNYA


125 g mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan ( saya gantikan dgn susu tepung )
1/4 cawan susu segar (saya guna susu cair)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur ( saya letak topping peberet anak2 )

CARA MEMBUATNYA


1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk penaik dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.


2. Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.


3. Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. 


4. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.....
BUKTI-BUKTI betapa lazatnya muffin pandan kelapa nie....






Saturday, December 17, 2011

Tauchu - Menu Kenduri Kahwin Org Kelate




Resipi kali nie saya dedicate untuk my childhood friend, Roziana @ Ina Ezy..mengidam nak makan tauchu dia...kesian..nak anta sepinggan jauh....share resipi je la deh... Ingat masa mengandungkan yg no 3...bulan puasa...mmg tauchu nie lah yg saya idamkan utk berbuka...slalu beli kat pasar ramadhan kedai buloh...sedap makcik tu masak...

Back to the recipe....resipi nie saya mintak diperturunkan dari mami saya sendiri...versi Kg Sireh...pedasss...tapi sedapppp....Tauchu nie slalunya dihidangkan di tempat2 kenduri kahwin...mmg sifatnya pedas... Tapi saya punya resipi dah disetkan ngan selera saya yg tak berapa suka pedas ...dan warnanya juga saya merahkan sket.....Lauk yg digunakan selalunya hati, paru, organ2 dalaman ayam atau lembu dan juga udang. Cuba la...mmg membuka selera....


Bahan-bahan

8-10 ulas bawang merah *
4-5 ulas bawang putih *
7 biji cili padi ( kalau suka pedas boleh lebihkan cili ) *
3 biji cili kering ( saya guna jenis yg x pedas utk warnanya aje ) *
3 batang serai *
1-2cm halia *
1-2cm lengkuas *
( semua yg bertanda * dikisar halus )

Isi ayam - ikut suka
15-20 ekor udang
2 sudu besar kacang soya bergaram - (kat kelantan kita panggil tauchu) saya guna jenama   
                                                                    yeos ( kalau beli yg kasar...tumbuk dulu kasi halus )
2 biji tomato - potong 12
10-15 urat kacang panjang - potong pendek dlm 2cm
2 biji cili hijau - potong pendek dlm 2 cm
1 cawan air
gula
garam

Cara-cara

1. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan kacang soya bergaram. kacau rata sehingga bangkit bau.
3. Masukkan isi ayam. Gaul rata sehingga ianya hampir2 masak. Masukkan air. Tunggu sehingga ianya mendidih dan pecah minyak. Masukkan gula dan garam secukup rasa. 
4. Masukkan udang..kacau rata.
5. Masukkan kacang panjang dan cili hijau. kacau rata. Akhir sekali masukkan tomato. Now you can see the colours blend together...so tempting....

Hidangkan panas2...dan makan bersama2 yg tersayang...mesti bertambah....Kalau ada ikan percik atau ayam percik....lagi berselera makan...

Dessert Mix and Match….Bittersweet choc cake with vanilla ice-cream


AWAS...entry hari nie bukan nk share resipi sebenarnya...cuma nak mixkan resipi yg tak menjadi and match ngan mana2 yg sesuai....bg mengelakkan pembazirannn.....he...he... (kek yg nak expired pun). So kena baca la cerita merapu ni dulu...


Alkisahhh…..kononnya nak buat kek coklat resipi sendiri…jadinya …tak menjadila  kek coklat kukusku…rasanya measurementnya sudah lariii….rasa coklat sudah terlebih…pahit sket…hanya sesuai utk yg minat bittersweet choc aje…Jadinya tak ada sambutan kek I tu…sayang kalau kek tu membazir macam tu aje…so.. I gi beli aiskrim..perisa vanilla…scoopkan kat atas kek yg I dah bulatkan guna cookies cutter…and lastly sprinkle je ngan chocolate rice….sedapppp….Iman panggil dessert ni kek aiskrim....dah jadi peberet dia daa.....

Bahan-bahan

Chocolate cake ( atau apa2 jenis kek pun boleh )
ais-krim ( apa2 perisa pun boleh )
cookies cutter utk bulatkan kek ( guna egg benjo punye ring pun boleh )-kalau tak nak bulat boleh potong kiub...

Method

1. Bentukkan cake guna cookies cutter yg sesuai...bentuk star, love pun boleh..

2. Scoopkan aiskrim ke atas cake itu tadi..ikut brape scoop kita nak...

3. Sprinkle ngan chocolate rice atau apa2 topping yg kita suka....

Elakkan pembaziran... Selamat Mencuba...


Wednesday, December 7, 2011

Larangan-Larangan Semasa Beriddah Keatas Wanita Kematian Suami


Source: drhasanah
(artikel ini dikongsi sepenuhnya berdasarkan pengalaman dr. hasanah sendiri...dikongsi sepenuhnya untuk kita lebih memahami topik kali ini)

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Islam itu zalim, Islam tidak indah, Islam mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk ‘menghiburkan hati’ yang sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong, window shopping dll…

Apabila kita melihat hukum Allah s.w.t, janganlah kita lihat dari sudut penzahiran hukum semata-mata. Penilaian kita belum tentu dapat menyamai penilaian tuhan yang Maha Hebat. Penilaian kita mudah didorong oleh akal fikiran yang cetek dan diburukkan lagi dengan kehendak nafsu yang tinggi.
Semenjak saya menulis tentang iddah, timbul banyak persoalan tentang apa yang tidak boleh dilakukan oleh isteri yang baru sahaja kematian suami atau dalam erti kata lain, perempuan yang dalam iddah kematian suami. Saya ditanya, boleh tak itu dan ini…. bila saya kata tak boleh, respon yang diterima ialah, nak buat juga. Hmmm… berlapang dada lah… pasti ada hikmahnya. 

Saya sendiri sudah melalui fasa iddah kematian suami. Saya sangat faham situasi ini. Bila kita berada dalam kedudukan yang sangat sukar, kenalah didik jiwa supaya menyedari bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi. Saya melalui iddah kematian suami dalam keadaan sarat mengandung 8 bulan. Ada 4 orang anak lagi yang semuanya masih kecil. Ada yang masih minta dikendong dan pada masa itu saya tiada pembantu rumah sepenuh masa. Ibubapa saya pula telah meninggal dunia dan saya tinggal di Utara, jauh dari adik-beradik yang rata-rata tinggal di Selangor dan KL. Saya rasa keadaan saya sangat sukar, tapi, saya kena ingat selalu bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi keadaannya. Bila kita sabar, maka Allah akan permudahkan kehidupan. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t yang telah ‘menghadiahkan’ untukku ujian ini. Terlalu banyak yang dipelajari daripada ujian ini.

Kembali kepada topik artikel kali ini.
Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga.

Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:
1. bertunang (secara berterus-terang)
2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu


PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG
Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”.

KEDUA: BERKAHWIN
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN
Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.
Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491].
Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin.
Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.

Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj.

Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.

Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.

KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN
Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.
Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.
Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” [Surah al-Talaq: ayat 1].
Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.
Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.

KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)
Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”
Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].
Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”
Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.
Untuk pencerahan lanjut, lihat Bada’i al-Sana’i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina’.
===================
Baiklah, sekarang dengan fikiran terbuka, cuba perhalusi hukum-hakam yang telah saya nyatakan yang dipetik daripada wahyu Allah serta fikrah para fuqaha yang tiada tolong tandingnya berbanding kita. Apakah agaknya hikmah di sebalik undang-undang ini?
Hmm… saya telah melalui fasa ini dan saya telah merasai hikmah peraturan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. ini…
Sekarang terserah kepada anda sama ada anda sedang dalam iddah, mempunyai ibu yang dalam iddah, jiran atau adik-beradik yang dalam iddah atau sebagainya…. Semua pihak perlu saling faham-memahami situasi wanita dalam iddah dan saling ingat-mengingatkan jika ada orang yang anda kenal telah tersilap langkah semasa berada dalam iddah. Bantulah mereka melalui tempoh peralihan yang sangat perit ini.
Semoga semuanya berada dalam rahmat Ilahi. Kasih sayang Allah s.w.t. sentiasa mendahului kemurkaannya, maka janganlah kita memilih kemurkaannya sedangkan azab Allah itu sangat pedih manakala syurga yang indah dengan ni’mat melimpah ruah menanti wanita mu’minah yang sabar meniti kehidupan tanpa seorang suami!

Wassalam....
* Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh allahyarham Adam Bin Mat dan juga memberi perlindungan serta kekuatan kepada isteri arwah Hasuzi Bt Salleh bersama-sama tiga anak-anaknya untuk mengharungi hari-hari yang mendatang...Amin.

Iddah/Edah Bagi Isteri Yang Kematian Suami







Sumber: drhasanah


Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari))
Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mu’tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddah bagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian.

Al-Majali menambah bahawa iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah. Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami, wanita memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup.

TEMPOH IDDAH WANITA YANG KEMATIAN SUAMI

1) BAGI WANITA/ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG
Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa ‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.

2)BAGI WANITA/ ISTERI YANG MENGANDUNG
Keadaan ini adalah menyamai keadaan saya yang kehilangan suami tercinta ketika mengandung 8 bulan.
Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.

Contoh, dalam kes saya, ketika suami meninggal dunia, saya sedang sarat mengandung 8 bulan. Kira-kira 40 hari selepas itu, saya pun bersalin. Maka tamatlah iddah saya, iaitu hanya kira-kira 40 hari sahaja.

Contoh lain, katakanlah jika berlaku kematian ketika si isteri mengandung 2 bulan. Selepas 7 bulan barulah dia bersalin, maka itulah tempoh iddah yang perlu dilaluinya.

Contoh ketiga, katakanlah pasangan suami isteri menaiki kenderaan dan berlaku kemalangan. Akibat hentaman yang kuat, si suami meninggal di tempat kejadian, manakala si isteri bersalin tidak sampai beberapa saat selepas itu, maka dengan serta merta juga iddahnya berakhir.

Dalil ataupun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat Quran yang menyebut bahawa perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak (al-Talaq, ayat 4). Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian suami lalu Rasulullah s.a.w. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang Sabi’ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Demikianlah pendirian majoriti fuqaha dalam kes seperti ini.

Terdapat pula sebilangan fuqaha yang berpendapat bahawa dalam keadaan ini hendaklah si isteri tadi beriddah mengikut ab’ad al-ajalayn, iaitu tempoh yang paling panjang. Maksudnya, jika tempoh 4 bulan 10 hari lebih panjang dari tarikh bersalin, maka hendaklah wanita itu beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika tarikh bersalin lebih lewat/ terkemudian berbanding 4 bulan 10 hari, maka hendaklah dia beriddah hinggalah bersalin.
Pandangan ini di bawa oleh sebilangan kecil fuqaha.

Al-Fatihah buat bapa saudara saya Adam Bin Mat yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2011. Semoga rohnya dicucuri rahmat..