Monday, August 15, 2011

Puding roti resipi turun temurun

Puding Roti





Favourite anak kedua saya….Sufi Iman. Resipi pudding roti ini ialah resipi yg diturunkan oleh makcik saya, Puan Rahibi Salleh( Cikgu B ). Makcik saya ni  mmg terkenal di kalangan keluarga sbgai seorng yg suka memasak..Baik lauk-pauk @ kuih-muih. Puding yg senang utk disediakan dan mengenyangkan. Anak2 mesti suka lah……

Bahan-bahan














Bahan-Bahan

3 sb margerin
6 sb gula
1 buku roti bata (loaf) – potong dadu
1 tin susu cair
5 biji telur
Esen vanilla
Kismis atau hirisan kurma ( optional )


 Cara - Caranya

1.      Pukul marjerin dan gula sampai kembang sikit. Tak payah pukul lama2 sangt.  Saya pukul pakai tangan je…5 minit dh cukup.
2.      Masukkan telur. Kacau sebati. Ni pun kejap je…
3.      Masukkan susu cair. Sebatikan.
4.      Masukkan esen vanilla.
5.      Akhir skali, masukkan roti….kacau sampai sebati.
6.      Masukkan dalam bekas acuan yg telah digriskan.
7.      Bakar dalam oven 180’ celcius selama 25 minit ( upper and lower heat )


Tips-Makcik saya cakap untuk memastikan pudding roti kita x keras….selepas masukkan roti..pastikan adunan tu cam ‘becak-becak’  sikit. Maksudnya ada cam lebihan susu cair lg. Jgn terbanyak pulak…nanti lembik.

No comments:

Post a Comment